Thursday 28 July 2016

Lawatan Kerja oleh Tuan Haji Azme bin Hassan ke SK Pulau Aur

27 Julai 2016

Kelihatan kuak air yang dibelah oleh bot sekitar jam 4.30 petang. Cuaca agak mendung ketika ini.

Alhamdulillah, mereka tiba dengan selamat. Ketibaan disambut oleh Guru Besar, En. Nordin bin Abd Rahman.

Rombongan diketuai oleh Tuan Haji Azme bin Hassan, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset, Kementerian Pendidikan Malaysia. Jabatan Pendidikan Negeri Johor diwakili oleh Timbalan Pengarah, En. Azman bin Adnan.











Tetamu dibawa ke kedai untuk minum petang yang telah disediakan.

28 Julai 2016

Para pegawai bersarapan sebelum membuat lawatan sekitar sekolah.

Selesai bersarapan, semua pegawai memulakan lawatan kerja disekitar sekolah. Antara yang diberi perhatian adalah bahagian insfrastruktur.





Juruteknik sedang memeriksa generator sekolah yang sudah lama tidak diservis


Perbincangan untuk membina satu perigi bagi kemudahan warga sekolah

Perigi adalah antara perkara paling diharapkan kerana ia merupakan antara yang paling kritikal takkala kemarau melanda.






Gembira dapat bertemu dengan pencipta lagu dan lencana sekolah dikampung beliau

Paling penting di sekolah ialah proses PdP. Ini merupakan teras kepada sesebuah sekolah. Maka ia turut mendapat perhatian para pegawai. Mereka mengambil peluang ini untuk bertemu para murid.




Timbalan Pengarah menyampaikan duit raya














Terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yang sudi berkunjung ke sekolah kami. Semoga datang lagi. In shaa Allah...

1 comment: