Bacaan Indeks Pencemaran Udara sekitar Johor tidak menunjukkan penurunan. Berikutan itu, sekolah-sekolah terus ditutup bagi menjaga keselamatan muid-murid.
Tuesday, 29 September 2015
Monday, 28 September 2015
Penutupan Sekolah Berikutan Jerebu
Berikutan jerebu yang semakin kritikal, pihak KPM mengarahkan sekolah-sekolah di Johor dan Melaka ditutup. Kenyataan rasmi adalah seperti dibawah.
Gambar adalah ihsan dari Wan Muhamad Afifudin.
Sunday, 13 September 2015
Jerebu di Aur
Walaupun jauh di Laut China Selatan, Pulau Aur turut terkena tempias jerebu. Dalam masa yang sama, musim kering turut melanda. Kurang hujan, kurang air. Air di hulu sudah mula kering.
Pihak sekolah mula mengagihkan mask kepada guru-guru dan murid-murid.
Saturday, 12 September 2015
Wednesday, 9 September 2015
Bacaan Yasin sepanjang 3 Hari UPSR 2015
Merupakan idea dari Tuan Guru Besar untuk mengadakan bacaan Yasin setiap hari di waktu pagi bermula jam 7:15 – 7:30 pagi sepanjang 3 hari UPSR. Ini adalah langkah terakhir(tawakal) setelah segala usaha murid-murid Tahun 6. Di samping itu, ini juga adalah untuk memohon kepada Allah agar calon-calon UPSR dipermudahkan dalam menghadapi UPSR.
Semoga doa guru-guru dan adik-adik ini diperkenankan oleh-Nya. Amin…
Tuesday, 8 September 2015
Mendaki Batu Cina bersama Guru Besar dan Pengawas UPSR 2015
Meneruskan tradisi, guru-guru baru yang posting di sini, perlu merasai mendaki Batu Cina. Guru Besar, Nordin bin Abd. Rahman tidak terkecuali.
Di kesempatan petang yang ada ini, bersama-sama dengan Pengawas-Pengawas UPSR yang bertugas, kami mendaki mercu tanda Pulau Aur. Usia? Owh…itu bukan halangan. Guru Besar antara yang siap awal untuk aktiviti ini. Bersemangatkan.
Pendakian bermula pada jam 5:30 petang dan berakhir jam 6:50 petang.
Walaupun gayat, atas dorongan sahabat-sahabat guru, kami semua berjaya sampai di atas. Alhamdulillah…
Monday, 7 September 2015
Sunday, 6 September 2015
Penyampaian Hadiah Bagi Aktiviti Bulan Kemerdekaan 2015
Majlis penyampaian hadiah ini disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKPA, En. Nordin bin Abd Rahman.
Terima kasih kepada semua guru-guru dan para pekerja yang menjayakan Bulan Kemerdekaan. Tahniah pada semua pemenang.
Saturday, 5 September 2015
Aktiviti Memancing, Guru Besar dan anak buahnya
Cuti hujung minggu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Antaranya, memancing. Guru Besar dan guru-guru kecil memancing di sekitar pulau. Bot disewa, Aur Syiok sdn. bhd.
Hasilnya? Tunggu nanti pulang. Hihihi…
Hati-hati memandu dalam musim berjerebu ini…