Saturday 16 March 2013

Lawatan Mengejut JPN Johor Ke Sekolah

Suatu tengah hari sedang lepak-lepak di jeti bersama murid-murid selepas waktu sekolah. Dari jauh kelihatan sebuah bot memancing menghampiri pulau.

"Macam pernah tengok orang dalam bot tu. Macam Tuan Haji Yunan tapi berisi. Bukan kot....."

Tetiba.....

"Assalamualaikum cikgu tuah...."

"Waalaikumussalam,...... En Yunan? Hahahahahha......."

Tujuan lawatan ini adalah bagi melihat keperluan dan kerosakan infrastruktur bangunan sekolah. Beliau akan mentafsir dan membuat tindakan susulan. Dalam kes SKPA, tangki di tingkat 3 bangunan ( bilik KH dan Sains) menjadi keutamaan kerna sudah berlarutan 3 tahun. Tangki ini bermasalah dari hari mula penyerahan, habis tempoh (warranty) dan hinggalah sekarang. Beliau sendiri telah naik ke atas siling untuk melihat sendiri keadaan tangki bermasalah tersebut.

Selain bangunan sekolah, juga mendapat perhatian beliau adalah rumah2 guru. Beliau akan sedaya mungkin, melalui peruntukan dan prosedut yang telah ditetapkan, untuk memenuhi keperluan pembangunan sekolah. Berikut beberapa keping gambar sepanjang lawatan beliau.

















Kami warga sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian beliau dan rakan-rakannya yang lain, atas kunjungan ini. Sebarang kekurangan, kami mohon maaf sepanjang lawatan beliau. Terima kasih, datang lagi.

*Admin mohon maaf sebab tidak tahu nama penuh Tuan Haji Yunan. Dah cari di portal JPN tp tidak jumpa.

No comments:

Post a Comment