Wednesday 19 June 2013

Tautan Kasih Segunung Kenangan bersama Ketua Sektor Pendidikan Islam JPN Johor

Program :
Tautan Kasih Segunung Kenangan

Anjuran :
Sektor Pendidikan Islam JPN Johor

Tarikh :
19 Jun 2013

Selesai dengan pihak BTPN Johor, kami bersedia pula dengan ketibaan pihak KS SPI JPN Johor.

Alhamdulillah rombongan KS SPI selamat selamat sampai di Pulau Aur sekitar jam 2.30 petang. Dalam suasana jerebu yang sangat tebal, mereka bersemangat untuk menempuhinya. Alhamdulillah.... Ketibaan mereka sememangnya di nanti-nantikan oleh guru-guru SKPA. Bersama-sama rombongan ini adalah kakitangan dari pihak PPD Mersing, BTP Johor, ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah dari sekolah-sekolah yang bertuah.








Para rombongan dibawa terus ke sekolah bagi agenda seterusnya.


Majlis dipengerusikan oleh Cikgu Ahmad Nasafi bin Mohamad. Menariknya beliau ialah beliau banyak berpantun. Sangat bertepatan.









Sesi yang wajib ialah bergambar. Hihihihihi...... Kenangan.




Sesi makan tengah hari.






Selesai makan, rombongan menuju ke tempat penginapan di Chalet Penawar. Bersebelahan dengan Chalet Batu Kembar. Ustazah-ustazah dengan semangatnya, berjalan dari Telok Berhala menuju ke Chalet Penawar. Tahniah...!!!


Malamnya pula, diadakan sedikit majlis ilmu yang disampaikan oleh ustaz Wan Muhd Khushairi bin Wan Ibrahim. Majlis diadakan selepas solat Maghrib dengan dihadiri oleh penduduk kampung. Alhamdulillah....















Pihak rombongan kembali ke chalet dan bertolak ke Mersing pada keesokan pagi. Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Sektor Pendidikan Islam khususnya dan JPN, PPD, BTP dan ustaz-ustaz, ustazah-ustazah amnya atas kesudian mengunjungi kami yang jauh di lautan ini. Tidak lupa kepada guru-guru, murid-murid dan pekerja-pekerja pembersihan yang bertungkus lumus menjadikan SKPA ini dalam keadaan yang selamat, bersih, kemas dan sebaginya.

*Ketua Sektor dan rombongan pernah berkunjung ke SKPA pada Hari Guru, tahun lepas. Klik untuk lihat.

No comments:

Post a Comment