Wednesday 21 August 2013

Warna Warni Sambutan Aidilfitri SKPA 2013 bersama Masyarakat Pulau Aur

Terlebih dahulu, berbanyak-banyak terima kasih kepada GB Mohd. Sukhimi yang begitu komited bagi menjayakan majlis sambutan ini. Seterusnya kepada guru-guru, murid-murid, masyarakat kampung, anggota Marin, JM Klinik Desa dan kakitangan TNB. Kita adalah seperti anggota badan yang saling bekerjasama.

Sambutan bermula pada sebelah petang sehari sebelum dengan persiapan tempat seperti kanopi, kerusi, meja dan siaraya. Dalam keadaan bekalan elektrik tidak ada, majlis perlu diteruskan.

Alhamdulillah, pada hari itu, kakitangan TNB KL tiba bagi membaiki generator.




Sambil makan durian
Kumpulan masak yang diketuai oleh Kak Ngah Norli sudah memulakan tugas sejak dari awal lagi hinggalah ke lewat malam. Kak Ngah Norli dibantu oleh kaum ibu. Alhamudlillah...




Pada hari majlis, kumpulan dapur telah memulakan tugas pada sebelah pagi. P&P sekolah berjalan seperti biasa.




Guru-guru membuat persiapan acara kareoke




AJK hadiah membalut hadiah




Acara bermula pada tengah hari dengan dipengerusikan oleh cikgu Izam sebagai deejay. Acara pertama ialah marhaban. Kemudian ucapan alu-aluan oleh GB.

Aktiviti diteruskan dengan pertandingan kopek kelapa dengan menggunakan tangan, kopek durian dengan menggunakan tangan dan akhir sekali, menganyam ketupat kelapa.



Bacaan doa oleh ustaz Mohamad Amir

Marhaban




Jurufoto bertugas




Pertandingan kopek kelapa dengan tangan



Pertandingan kopek durian dengan tangan

Pengadil sedang bertugas


Pertandingan menganyam ketupat

Selesai ketiga-tiga aktiviti tersebut, barulah jemputan dan semua menjamu selera. Sambil makan, acara diiringi dengan lagu-lagu raya yang dinyanyikan oleh sesiapa sahaja yang ingin menyumbangkan suara.


Ketua AJK makanan sedang menjamu selera


Acara memberi duit raya kepada murid-murid



Jom berfoto tanda kenang-kenangan...





Gadis Aur



Anggota Marin dengan GB








Majlis berhenti sekitar jam 5. Pada sebelah malamnya, acara Suara Emas Aidilfitri.


Gandingan muda dan tua, inilah juri Suara Emas Aidilfitri

Sibuk mengagihkan nombor cabutan bertuah

Penonton antarabangsa


Pertandingan Suara Emas Aidilfitri bermula dan diselangi dengan penyampaian hadiah acara siang tadi dan cabutan bertuah.


Cabutan bertuah














Juri


Majlis selesai. Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis sambutan Aidilfitri SKPA 2013.

2 comments:

  1. Congratulations to all the teachers of Pulau Aur Primary School for the undivided commitment to make thIS event a big success.....especially to the appointed photographers Fitri & Safi for capturing those memorable pics.....TQ > HM, SKPA.....

    ReplyDelete