Sunday 10 November 2013

Apa Helikopter Australia Buat di Pulau Aur?

Tengah hari tadi kedengaran sebuah helikopter sedang berlegar-legar di ruang udara Pulau Aur. Sekali imbas terus terfikir, tentera udara Malaysia yang mungkin sedang membuat latihan. Namun apabila acapkali berlegar dan lihat secara dekat, terdapat lambang Great Britain pada helikopter tersebut. Hmmmmm.....

Helikopter tersebut tidak mendarat tetapi hanya menurunkan penumpang dari udara sahaja. Pusingan pertama, 2 orang tentera telah diturunkan.







Selepas menurunkan 2 orang tentera tadi, helikopter tersebut beredar.

Lebih kurang sejam kemudian, kedengaran bunyi helikopter datang lagi. Di lokasi yang sama, kali ini, menurunkan 5 orang lagi tentera.


Sedang nak snap, lintas pula burung depan lensa...










No comments:

Post a Comment