Tuesday 22 July 2014

Iftar SK Pulau Aur 2014

Anjuran :
SK Pulau Aur

Tarikh :
22 Julai 2014

Tempat :
SK Pulau Aur

wood panels
Ramadhan telah masuk ke fasa terakhir, iaitu 10 malam terakhir. Menjadi kebiasaan, majlis iftar diadakan di mana-mana sahaja sebagai pengerat tali silaturrahim. Bagi SK Pulau Aur sendiri, kami juga tidak mahu ketinggalan biar pun kami jauh di Laut China Selatan.

Idea iftar ini adalah dari GPK 1, Cikgu Mohd Izam. Mesyuarat diadakan dan kerja mula dibuat. Kos? Yup, datangnya dari usaha guru-guru. Bekas guru pun turut menderma. Tabung ayam dikorek-korek, untuk menyumbang. Walaupun sedikit, alhamdulillah, kami berjaya mengadakan majlis ini.

Antara aktiviti yang dilakukan bagi memeriahkan majlis iftar ini ialah membuat pelita buluh. Boleh baca aktiviti tersebut di sini. Kemudian, guru-guru gigih membuat sumbu pelita sambil disaksikan oleh murid-murid. Nak belajar katanya.

DSC04856
DSC04857
DSC04859
DSC04860
DSC04861
DSC04864
DSC04865
22 Julai 2014, di hari kejadian, aktiviti persiapan tempat mula dijalankan oleh Cikgu Syahril dengan dibantu oleh guru-guru yang lain.

Angin yang kuat mula bertiup dan awan hitam mula menyelebungi langit pada sebelah petangnya. Diikuti dengan hujan yang lebat.

Guru-guru membuat persedian untuk membakar ikan Tongkol atau steambek. Di bahagian lain, cikgu-cikgu sedang menyediakan juadah berbuka dan jamuan. Majlis berbuka akan diadakan di Masjid Jamek Pulau Aur. Guru-guru dan murid-murid akan bergerak menuju ke masjid sekitar jam 6.50 petang. Jemputan atau masyarakat pulau turut berkumpul di sana.

Sebelum bergerak ke masjid, kami bergambar dahulu sebagai satu tradisi dan kenangan. Pendek kata untuk publisiti kecilan. Hihihihihi...... Aktiviti terpaksa dilakukan dalam keadaan agak pantas kerana awan masih lagi mendung walaupun hujan telah berhenti.

DSC04872
DSC04880
DSC04876
DSC04879
SONY DSC
SONY DSC
DSC04884
DSC04885

SONY DSC
SONY DSC
Di masjid, sebelum masuknya waktu berbuka, sedikit bacaan tahlil diadakan. Majlis di pimpin Ustaz Mohamad Amir. Apabila tiba waktu berbuka, kami bersama-sama berbuka ringan. Untuk sesi jamuan makan, diadakan di sekolah, selepas solat Maghrib.

DSC04889
DSC04905
DSC04907
DSC04909
DSC04911
DSC04913
DSC04914
DSC04917
DSC04918
DSC04920
DSC04930
DSC04932
DSC04936
DSC04938
DSC04940
DSC04942
DSC04943
DSC04941 2
DSC04946
DSC04948
DSC04951
DSC04954
DSC04955
DSC04961
DSC04962
DSC04965
DSC04968
DSC04969
DSC04970
DSC04979
Selesai majlis. Ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini. Tahun depan, kita buat lagi…… in shaa Allah….

2 comments: