Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, seperti tahun-tahun sebelum ini, pihak sekolah tidak terlepas daripada mengadakan majlis atau program bagi memeriahkan bulan Syawal. Jika sebelum ini, majlis Aidilfitri diadakan di sekolah, tahun ini ada perubahan sedikit. Hasil mesyuarat, bersetuju bahawa pihak sekolah yang akan mengunjungi semua rumah ibu bapa murid-murid.
14 Ogos 2014, kami iaitu guru-guru dan murid-murid berkumpul di sekolah dengan berpakaian baju raya. Sesi pertama adalah bersalaman dengan guru-guru. Dapat duit raya lagi. Kemudian berfoto.
Kami berjalan menuju ke rumah paling atas terlebih dahulu iaitu rumah En. Abd Hapas, bapa kepada Muhammad Haminal Syawal. Kehadiran kami memang sedang dinanti-natikan oleh tuan rumah. Selesai berhari raya, kami menyumbangkan sedikit buah tangan kepada tuan rumah. Sedikit bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Amir, memohon kesejahteraan ke atas keluar tuan rumah dan seisinya.
Rumah kedua ialah rumah En. Shapie, bapa kepada Sharul Imran atau nama femesnya ‘Bujang’. Rumahnya bawah sedikit dari rumah Syawal. Rumah ketiga ialah rumah En. Hamdan, bapa kepada Mohamad Syariz Ezuan. Kedatangan kami disambut oleh ibunya iaitu Pn. Noridah. Langkah kami diteruskan dengan mengunjungi rumah yang berdekatan iaitu rumah En. J. Mizan, bapa kepada Azrinna. En. J. Mizan juga merupakan pekerja kebersihan di sekolah.
Bawah sedikit, kami ke rumah Pn. S. Kalijah, ibu kepada Nur Farida Hanum, murid Tahun 4 Pintar. Ini merupakan rumah ke lima. Walaupun baru ke lima, kekenyangan begitu terasa. Ada 3 buah rumah lagi yang perlu dikunjungi.
Seterusnya, kami balik ke kawasan sekolah. Rumah yang kami akan kunjungi ialah rumah Ustazah Hapizah, ibu kepada Ainul Munirah dan Kamarul Ariffin. Bapa mereka merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Pulau Aur. Eh….! Hahahahahahaha…………
Sebelum meneruskan langkah ke rumah seterusnya, kami berehat dalam 10 minit. Ada yang nak ke bilik air. Katanya, perut dah penuh.
Ok, rumah seterusnya ialah rumah Pn. Melati, ibu kepada Muhammad Syamilfarish Haiqal. Murid Tahun 1 Cerdas.
Akhirnya, kami bakal ke rumah terakhir. Rumah terakhir ni, perlu menaiki bot. Kenapa? Kerana terletak di Pulau Dayang sana. Jacket keselamatan perlu dipakai sebagai langkah-langkah keselamatan. Rumah terakhir ini merupakan rumah En. Md Tahir, bapa kepada Muhammad Irfannabihan dan Muhammad Amzar Fikri.
Dengan itu, maka berakhirlah sudah program aidilfitri peringkat sekolah. Semoga program ini dapat mengeratkan lagi warga sekolah dengan ibu bapa murid-murid. Amin….. Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dalam menyediakan juadah Hari Raya dikala krisis air melanda pulau ketika ini. Subhanallah…..semoga Allah sentiasa melimpahkan rezeki kepada kita semua.
Tahniah kepada moderator!!!
ReplyDeleteterima kaseh Panji Launtan....
ReplyDelete