Saturday 8 November 2014

Krisis Air Di SK Pulau Aur

Krisis air berulang lagi. Saban tahun, krisis ini berlaku kerana ia merupakan pusingan alam semula jadi. Namun begitu, ini merupakan krisis air paling lama dan teruk berlaku. Sepanjang 4 tahun saya bertugas di sini, saya juga merasakan ini merupakan krisis paling lama.

Krisis air ni dah bermula sejak bulan Ramadhan lagi. Hujan sudah lama tidak turun. Sungai kelihatan semakin hari semakin susut airnya. Aliran air sungai belakang sekolah juga kelihatan semakin kurang. Beberapa kali air terputus ke rumah guru dan sekolah. Guru-guru akan naik ke Air Besar untuk mengadjust semula paip. Makin hari, Air Besar semakin surut.

Sumber air lain? Owh…..sekolah dan rumah guru memang tidak mempunyai sumber air lain selain daripada Air Besar. Kebanyakkan penduduk juga bergantung pada Air Besar tapi mereka ada sumber alternatif.

Saya sendiri dan beberapa orang guru pernah mengikut Abang Long, Zaki, Cikgu Izam dan Ustaz Amin (sekolah agama) pergi ke Teluran (belakang pulau) untuk melihat sumber air alternatif. Kelihatan sumber airnya juga semakin sedikit dan sukar untuk dihantar ke Kampung Telok Berhala.

Sehingga kini, kami terpaksa bercatu dan berjimat dalam penggunaan air. Pernah kami tidak mandi pagi. Hihihihi… Dah macam kais pagi mandi pagi, kais petang, mandi petang. Itu pun jika ada.

Kami berterima kasih kepada Abang Long and the geng masih berjuang mencari air. Kumpul dan agih kepada pihak sekolah.

“Cikgu, air tak ada ni. Jimat-jimat lah yer…..”

Hujan? Hujan sekali sekala turun tapi tidaklah cukup untuk memenuhi sungai. Jika hujan, itulah waktu kami mengisi ke dalam botol-botol untuk di simpan. Kami juga akan membasuh di kala hujan tersebut.

Tidak ada perigi ke? Perigi ada tapi bukan sekolah punya. Milik orang kampung. Itu pun mereka terpaksa sedut menggunakan mesin.

IMAG0300

IMAG0492

IMAG0548 copy

IMAG0553

IMAG0554

IMAG0555

IMAG0556

IMAG0559

IMAG0562

IMAG0565

IMG-20141103-WA0003

IMG-20141103-WA0004

IMG-20141103-WA0005

IMG-20141103-WA0008

No comments:

Post a Comment