Alhamdulillah…selepas 3 hari hujan, jerebu pun hilang. Menyajikan pemandangan yang sangat indah. Pulau Pemanggil turut kelihatan. Malah, Pulau Babi Besar juga boleh kelihatan dari sini.
Thursday, 29 October 2015
Wednesday, 28 October 2015
Tuesday, 27 October 2015
Bersama Kelab Radio Amatur Pulau Aur menyiapkan trek berhalangan
Merentas halangan adalah salah satu aktiviti yang terdapat dalam perkhemahan Pengakap.
Atas usaha dan hubungan baik Kem Komander Perkhemahan, Ustaz Wan Muhamad Afifudin dan Ustaz Amin dari Kelab Radio Amatur Pulau Aur, maka terhasillah kerjasama ini.
Kelab ini sudi membantu menyediakan trek berhalangan. Kenapa? Sebab ahli kelab ini sendiri terdiri daripada bapa, abang, sepupu dan saudara murid-murid sekolah. Lagi pula, mereka ini orang pulau dan pastinya lebih tahu setiap sudut pulau. Pendek kata PIBG sendiri kerana YDP juga turut bersama-sama dalam aktiviti ini. Alhamdulillah…
Pada hari ini, kami, cikgu-cikgu berpeluang menyertai mereka untuk melihat-lihat trek berhalangan tersebut. Trek berhalangan ini akan bermula di Air Sandang dan berakhir di Batu Aur. Hari ini hanyalah untuk menentukan trek sahaja. Halangannya belum lagi. Segala aspek keselamatan akan diambil kira.
Jom…
Friday, 23 October 2015
Thursday, 22 October 2015
Wednesday, 21 October 2015
Tuesday, 29 September 2015
Lanjutan Penutupan Sekolah Berikutan Jerebu
Bacaan Indeks Pencemaran Udara sekitar Johor tidak menunjukkan penurunan. Berikutan itu, sekolah-sekolah terus ditutup bagi menjaga keselamatan muid-murid.
Monday, 28 September 2015
Penutupan Sekolah Berikutan Jerebu
Berikutan jerebu yang semakin kritikal, pihak KPM mengarahkan sekolah-sekolah di Johor dan Melaka ditutup. Kenyataan rasmi adalah seperti dibawah.
Gambar adalah ihsan dari Wan Muhamad Afifudin.
Sunday, 13 September 2015
Jerebu di Aur
Walaupun jauh di Laut China Selatan, Pulau Aur turut terkena tempias jerebu. Dalam masa yang sama, musim kering turut melanda. Kurang hujan, kurang air. Air di hulu sudah mula kering.
Pihak sekolah mula mengagihkan mask kepada guru-guru dan murid-murid.
Saturday, 12 September 2015
Wednesday, 9 September 2015
Bacaan Yasin sepanjang 3 Hari UPSR 2015
Merupakan idea dari Tuan Guru Besar untuk mengadakan bacaan Yasin setiap hari di waktu pagi bermula jam 7:15 – 7:30 pagi sepanjang 3 hari UPSR. Ini adalah langkah terakhir(tawakal) setelah segala usaha murid-murid Tahun 6. Di samping itu, ini juga adalah untuk memohon kepada Allah agar calon-calon UPSR dipermudahkan dalam menghadapi UPSR.
Semoga doa guru-guru dan adik-adik ini diperkenankan oleh-Nya. Amin…
Tuesday, 8 September 2015
Mendaki Batu Cina bersama Guru Besar dan Pengawas UPSR 2015
Meneruskan tradisi, guru-guru baru yang posting di sini, perlu merasai mendaki Batu Cina. Guru Besar, Nordin bin Abd. Rahman tidak terkecuali.
Di kesempatan petang yang ada ini, bersama-sama dengan Pengawas-Pengawas UPSR yang bertugas, kami mendaki mercu tanda Pulau Aur. Usia? Owh…itu bukan halangan. Guru Besar antara yang siap awal untuk aktiviti ini. Bersemangatkan.
Pendakian bermula pada jam 5:30 petang dan berakhir jam 6:50 petang.
Walaupun gayat, atas dorongan sahabat-sahabat guru, kami semua berjaya sampai di atas. Alhamdulillah…