Merentas halangan adalah salah satu aktiviti yang terdapat dalam perkhemahan Pengakap.
Atas usaha dan hubungan baik Kem Komander Perkhemahan, Ustaz Wan Muhamad Afifudin dan Ustaz Amin dari Kelab Radio Amatur Pulau Aur, maka terhasillah kerjasama ini.
Kelab ini sudi membantu menyediakan trek berhalangan. Kenapa? Sebab ahli kelab ini sendiri terdiri daripada bapa, abang, sepupu dan saudara murid-murid sekolah. Lagi pula, mereka ini orang pulau dan pastinya lebih tahu setiap sudut pulau. Pendek kata PIBG sendiri kerana YDP juga turut bersama-sama dalam aktiviti ini. Alhamdulillah…
Pada hari ini, kami, cikgu-cikgu berpeluang menyertai mereka untuk melihat-lihat trek berhalangan tersebut. Trek berhalangan ini akan bermula di Air Sandang dan berakhir di Batu Aur. Hari ini hanyalah untuk menentukan trek sahaja. Halangannya belum lagi. Segala aspek keselamatan akan diambil kira.
Jom…
Atas inisiatif Ustaz Amin dan beberapa orang, maka tertubuhlah Kelab Radio Amatur Pulau Aur. Tujuan hanya satu, iaitu menyatupadukan anak muda Pulau Aur khususnya dan penduduk Pulau Aur amnya. Di samping itu, sekurang-kurangnya anak muda di sini ada aktiviti berfaedah yang dilakukan. Terima kasih ustaz. Itu pun ada suara-suara kecil yang tidak berpuas hati atas usaha ini malah membawa perkara ini ke pihak atasan. Hmmmmmm…… Benda yang baik, sentiasa ada cabarannya.
terima kasih juga atas kerjasama kalian..moga allah sentiasa merahmati kalian...
ReplyDelete