Monday 4 April 2016

Menyusuri Denai Membuat Saluran Air Baru

Fenomena yang setiap tahun berlaku. Tapi, tahun ini ia berlaku lebih awal. Melalui En. Hazrani, beliau menggerakkan anak-anak muda pulau dan guru-guru sekolah untuk bekerjasama membuat saluran air dari puncak bukit sana.

3 gulung getah paip telah digunakan.

Air ini adalah untuk kegunaan semua orang kampung dan sekolah.

Menurut orang kampung, dalam kawasan sekolah terdapat tapak bekas sebuah perigi. Beliau mencadangkan agar pihak sekolah membuat satu perigi bagi kegunaan sekolah. Pihak sekolah sepatutnya sudah bertindak mengadakan perigi tersebut kerana sedia maklum bahawa fenomena air kering ini saban tahun berlaku dan ia berlaku dalam jangka masa yang agak lama.














Guru Besar bekerja keras menarik getah hingga ke hujung bukit sana. Kepenatan...



Kaedah mendengar kehadiran air dalam paip.















Berbanyak-banyak terima kasih kepada En. Hazrani bin Harun yang banyak membantu dalam hal ehwal berkaitan air di pulau ini. Jasanya hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Amin...

Terima kasih juga pada pihak yang menyumbangkan getah-getah paip tersebut. Selagi mana getah itu memberi manfaat, selama itulah pahala berterusan untuk beliau. Amin...

No comments:

Post a Comment