Thursday 10 November 2016

Aur2KL, hari ke 2

Penjelajahan berterusan lagi hari ini. Seawal pagi kami bangun untuk membuat pengurusan diri. Kami perlu bergerak awal ke ibu kota bagi mengelakkan kesesakkan lalu lintas.

Alhamdulillah...pagi itu perjalanan kami lancar tiba di lobi KLCC. Kami bersarapan di hadapan KLCC sahaja.




Penerangan serius

Selesai sarapan, kami mula berjalan masuk ke KLCC. Lawatan sekolah ini adalah dalam makluman pihak KLCC. Semua pendaftaran masuk telah diselesaikan oleh pihak Our Touch.







Pihak sekolah di bawa ke tingkat 41 di mana terletaknya KLCC Sky Bridge. Memandangkan kumpulan sekolah adalah ramai, terpaksa dibahagi kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan berbeza warna kad. Dari ruang skybridge ini, murid-murid dapat melihat pemandangan ibu kota Malaysia yang telah mendapat gelaran metropolitan.

Ditanya pada murid-murid, "Adakah suatu hari nanti nak bekerja di sini?". Jawapannya, "tak nak". Lega mendapat jawapan sedemikian. Hahahaha.....


Mendengar taklimat















Otai di KLCC



Idola kecil, Cikgu Mohd Syafiq



Ada yang malu bergambar bersama dengan cikgu Mohd Syafiq


Seterusnya, kami di bawa pula ke tingkat atas untuk melihat ruangan pameran. Di ruang ini akan menerangkan pelbagai info tentang KLCC ini dan menara-menara telekomunikasi lain di seluruh dunia.

Tahukah anda fungsi lain menara ini selain sebagai menara telekominikasi? Menara ini berfungsi sebagai penebat kilat.
 









Gaya abang besar







Seterusnya, murid-murid dibawa pula ke Petrosains yang terletak di Suria KLCC.











Hajat di hati hendak ke Planetarium Negara. Namun disebabkan kesuntukan masa, kami tukar destinasi ke Putrajaya.








Murid-murid di Masjid Putra





























...BERSAMBUNG

No comments:

Post a Comment