Tuesday 3 January 2017

Guru Guru SK Pulau Aur Pulang ke Pulau Aur

Hmmmm.... berita tentang penangguhan hari pertama persekolahan di sekolah-sekolah pulau telah diumumkan oleh pihak lebih berautoriti.


Dalam pada itu, arahan penempatan semetara juga telah dikeluarkan. Guru-guru pulau ini diarahkan bertugas di beberapa sekolah berdekatan sementara menunggu kebenaran dari pihak laut negeri Johor. Boleh rujuk di sini.

Sementara menunggu itu, Guru Besar SKPA telah meminta pertolongan Cikgu Mohd Izam mendapatkan bot yang sesuai untuk perjalanan balik. Bot yang tahan lasak, selesa dan selamat mengharungi laut.

Alhamdulillah....berjaya menemui bot. Perjanjian dibuat dengan tekong bot. Tekong bot setuju, pihak sekolah pun setuju dengan tawaran harga. Ke dua-dua setuju. Maka 3hb, jam 9.00 pagi, semua kena dalam bot.

Walaubagaimana pun, kebenaran pihak berkuasa adalah satu yang wajib dipatuhi. Sekiranya pihak meteorologi dan Jabatan Laut memberi kebenaran pada 3hb tersebut, maka bergeraklah kami.

Pada hari yang telah ditetapkan, kami pun berkumpul seawal pagi di bot bagi proses loading barang ke dalam bot.

Perjalanan kami ke pulau pagi ini mendapat kebenaran pihak laut. Tuan PPD, meluangkan masa pagi ini, Beliau datang ke jeti untuk melihat proses perjalanan kami pulang. Pendek kata, sokongan moral.















Ustaz Amin turut berada di jeti bagi mengadjust signal radio sebagai langkah-langkah keselamatan sekiranya berlaku sesuatu di laut. Keadaan ini membuatkan perasaan semakin takut untuk belayar. Rasa tak mampu dah menghadapi gelombang laut awal tahun yang besar-besar ni.

Atas permintaan Tuan PPD, Ustaz Amin membacakan doa memohon perlindungan daripada yang Maha Berkuasa.










Ustaz Hamzah comel di situ









Mesti ada yang bertanya, SK Pulau Aur jer ke yang balik? Yang lain? Hmmmmmm..... Jawapannya, saya guru SK Pulau Aur. Sekolah lain tak tahu la. Saya bukan wartawan. Hahahahahahahahahaha....... alaaaaaaa.....gurau pun tak boleh.

Sekitar jam 10.30 pagi, bot kami pun bergerak. Semoga perjalanan kami selamat. Amin...


Ubat mabuk paling berkesan adalah tidur

Alhamdulillah.... Pulau Aur semakin dekat kelihatan sekitar jam 3 petang lebih. Kami selamat merapati jeti Kg. Telok Berhala sekitar jam 4 petang. Alhamdulillah...

Di jeti kelihatan beberapa orang murid sedang menunggu di jeti sambil membantu menaikkan barang.

Besok sekolah tau........ 👦👧👦👧

5 comments: