Thursday 16 February 2017

Kejohanan Merentas Desa SKPA 2017

Berbanding tahun-tahun sebelum ini, acara ini diadakan agak lewat atau selepas cuti pertengahan tahun. Tapi tidak pada tahun ini. Di bawah pengurusan GPK Ko Ku yang terurus ini, beliau dengan lantang untuk diadakan seawal mungkin.

Disebalik raut wajah yang ensem itu terdapat ketegasan dalam melaksanakan tugas. Baiklah, acara dimulakan dengan sedikit taklimat ringkas. GPK Kurikulum dijemput memberi sepatah dua kata mewakili Guru Besar. Walaupun Guru Besar tiada ketika ini, beliau tetap bermesej bertanyakan progres dan kelangsungan acara. Dalam bahasa enggeris, caring.

Ucapan GPK Ko Ku pastinya tidak terlepas pandang. Dalam setiap bait ucapannya, membangkitkan semangat murid-murid. Ayuh kita bersukan demi kesihatan sejahtera.


Selesai ucapan dan doa (Ustaz Hamzah), acara senamrobik ala-ala zumba dimulakan sebagai pemanas badan. Satu lagi perubahan yang dilakukan oleh GPK Ko Ku ialah acara ini diuruskan sendiri oleh murid-murid. No more teacher at the front to conduct. Semua langkah-langkah diilhamkan oleh murid-murid tapi dibantu oleh guru. Itu wajid la. Beat-beat muzik merancakkan suasana dan meningkatkan adrenalin.



Ikon sekolah













Setiap peserta diberikan nombor bagi memudahkan pengurusan pengadilan. Ok, mungkin ada yang bertanya, perlu ke nombor dengan bilangan murid yang sedikit? Adakah ia relevan? Mmmmm.......malas nak jawab. Hahahahahaha.....

Sama juga kitakan selalu dengar statement, "Murid-murid kalua tak pandai tak tahu la cikgu-cikgu buat apa. Seorang murid, seorang guru".

Statement tu boleh disamakan dengan, jika maka ayah dia seorang guru dan bijak pandai, belum tentu anak dia pun pandai macam mereka.

Korang pernah dengar atau baca bahawa Prof. Ungku Aziz pernah mengambil seorang anak angkat untuk menjadikan dia bijak pandai. Tapi apa jadi? Haaaaaaaaaa..............so nextime baca dulu buku pendidikan, Faktor Perkembangan Kanank- Kanak. Hahahahahahaha.....

Berikut adalah senarai nama murid yang menyertai kejohanan ini.

Tahap 1
Yasmin Raihanah
Muhammad Shafazaifan
Sharul Aiman

Tahap 2
Muhamad Irfannabihan
Mohamad Syariz Ezuan
Muhammad Haminal Syawal
Azrinna


Peserta dilepaskan



Setiap murid perlu melalui check point yang telah ditetapkan bagi memastikan mereka sah menghabiskan trek. Di setiap check point, mereka akan diberi kertas sebagai bukti melepasi check point.







Trek yang dilalui mempunyai cabarannya tersendiri. Keluar hutan, masuk hutan. Cerah dan gelap. Dalam setiap kegelapan itu mereka perlu menyelesaikan tugasan yang telah disediakan. Ada juga tugasan yang menguji kekuatan iman. Waaaaaaaaa.......... so excited......






Pencatat masa

Selepas 15 minit berehat menghilangkan penat lelah, acara yang kemuncak diadakan, penyampaian hadiah. Tidak boleh kita nafikan walaupun kita cuba meniup semangat kesukanan dalam diri mereka, sebenarnya hadiah tetap nombor satu dalam hati mereka. 

Pengacara majlis, Cikgu Mohd Syafiq memulakan acara dengan 3 das tembakan bunga api ke udara. Terima kasih pada cikgu Mohd Syafik sebab belanja kami.

Majlis dimulakan dengan menyampaikan hadiah saguhati kepada adik Intan dan Azrinna. Selebihnya tengok gambar di bawah. Owh, Cikgu Abdul Hakim dijemput untuk menyempurnakan penyampaian ini. Serius sangat cikgu Hakim ni. Hmmmmmm.....


Penerima sijil penyertaan dan saguhati

Penerima sijil penyertaan dan saguhati

Bagi menyampaikan hadiah kepada para pememang Tahap 1, pengacara menjemput GPK Ko Ku, Cikgu Wan Afifudin yang kacak dan tampan ini. Ok...faham-faham. Ramai pembaca yang terdiri dari gadis-gadis akan tertanya-tanya siapa cikgu yang kacak inikan? Dah kawin atau belum? Orang mana? Masih single ker? Jawapan kepada semua persoalan itu, kena cari sendiri ok. Hahahahahahahaha.....

Yasmin, tempat ketiga kategori Tahap 1

Shafazaifan, tempat kedua kategori Tahap 1

Aiman, tempat pertama kategori Tahap 1

Bagi meneruskan acara ini, GPK Kurikulum dijemput.

Irfannabihan, tempat ketiga kategori Tahap 2

Syawal, tempat kedua kategori Tahap 2

Ezuan, tempat pertama kategori Tahap 2

Sebelum bersurai, bergambar kumpulan terlebih dahulu. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan aktiviti ini.



No comments:

Post a Comment