Monday 7 May 2012

Jeti Kg. Telok Berhala Di Rempuh Tongkang

Kejadian berlaku di waktu pagi dikala cuaca hujan dan angin yang agak kuat. Ombak juga tidak kurang hebatnya.  Terdapat sebuah tongkang yang muat dengan peralatan dan bahan binaan bagi projek jeti baru telah dilabuhkan berdekatan kawasan tersebut.



Sedikit demi sedikit, ombak laut memukul-mukul dan menolak tongkang tersebut ke arah jeti.  Tali yang mengikat tongkang tersebut tidak berdaya menahan tongkat tersebut.  Dalam keadaan yang tidak terkawal dan cemas itu, tongkang tersebut terus melanggar bahagian tengah jeti.  Para pekerja yang berada di atas tongkang tersebut pun tidak dapat berbuat apa-apa.


Hanya mampu melihat











Bergambar kenangan selepas cuaca kembali tenang




No comments:

Post a Comment