Friday 8 February 2013

Guru-Guru SKPA Singgah Di Pulau Tinggi

Dalam pelayaran pulang ke tanah besar semenanjung (jeti Mersing), kami singgah di Pulau Tinggi terlebih dahulu kerana air surut di muara. Di kesempatan ini, kami melawat Cikgu Miznah yang merupakan bekas guru di SK Pulau Aur sekitar tahun 2011 - 2012.












Dari jauh kelihatan bangunan SK Pulau Tinggi. Kedudukannya yang di tepi pantai dan tinggi, menjadi salah satu mercu tanda Pulau Tinggi yang mudah dikenali. Ketibaan kami disambut oleh 2 orang murid SK Pulau Tinggi. Melalui Cikgu Miznah, kami dipelawa ke sekolah.

Kawasan sekolahnya bersih dan tersusun. Lebih menarik, bangunannya nampak kemas. Sangat kemas. Rasa kagum dan terasa macam nak tukar ke sekolah ni jer. Hihihihihi....




Masjid





Bangunan lama SKPT yang masih wujud

Jamuan ringan di kantin

Owh! Terlupa nak beritahu. Pelayaran kami kali ini adalah melalui sewaan bot Aur Syiok. Bot ini adalah untuk semua aktiviti laut. Boleh hubungi seperti yang tertera di baju di dalam gambar di atas.

Selesai makan, kami jalan-jalan dahulu sehingga ke hujung pantai. Kami sempat melihat kawasan rumah guru SKPT. Besar-besar rupanya rumah guru SKPT. Selesa kelitan dari luar. Dalamnya? Wallahhualam...

Seterusnya, kami ke rumah Cikgu Miznah yang terletak paling hujung pantai. Sambil berjalan menuju ke sana, kami melalui kampung-kampung di mana sepnjang jalannya begitu bersih. Tahniah buat penduduk Pulau Tinggi.














Makan tengah hari di rumah Cikgu Miznah


Menarik lagi di Pulau Tinggi ini, apabila air surut, kita boleh berjalan ke sebuah pulau yang tidak jauh dari sini. Ianya betul-betul di depan rumah Cikgu Miznah. Peluang itu tidak kami sia-siakan.

Sekitar jam 3 petang, kami menyambung kembali pelayaran pabila air sudah mula pasang di muara.



No comments:

Post a Comment