Tuesday 26 February 2013

YTL - Yang Ter Laju . . .

Terima kasih kepada pihak berwajib kerana SKPA telah terpilih bagi pemasangan YTL. Untuk info, sebelum YTL, internet SKPA di bawah nama projek ShcoolNet. Kedatangan YTL telah dimaklumkan oleh GB pada 24 Jan, namun tidak muncul-muncul.

Dalam projek YTL ni kelajuan internet ditingkatkan dari 1Mbps ke 2Mbps (itu yang dimaklumkan oleh mereka yang datang pasang ni). Antara yang ditukar atau diganti ialah modem, kabel dan transmitter (tak pasti nama sebenar alat tersebut). Pihak SKPA tertanya-tanya kenapa piring pemancar tidak ditukar walaupun masih boleh digunakan. Kami telah meminta mereka menukarkannya namun tidak berjaya.











Semoga prestasi kerja guru-guru SKPA terus meningkat dan paling penting, murid-murid mendapat manfaat daripada kemudahan internet ini. Ingatlah, kerana MURID-MURIDlah, adanya pekerjaan guru. Bukan kerana kita pandai atau berkelulusan universiti, tapi kerana MURID-MURID.

No comments:

Post a Comment