Tuesday 18 June 2013

Kunjung Bantu dan Pemantauan ICT

Program :
Kunjung Bantu dan Pemantauan ICT 

Anjuran :
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor

Turut Serta :
PKG Bandar Mersing

17 Jun 2013, sekitar jam 3.30 petang, dalam kesamaran jerebu yang tebal, kelihatan bayang-bayang bot. Semakin jelas dan jelas apabila perlahan-lahan mendekati jeti Kg. Telok Berhala, Pulau Aur. Pagi tadi menyambut Ketua Polis Johor, sekarang menerima kunjungan pihak BTPN Johor pula.

Di jeti, guru-guru SKPA telah sedia menanti kedatangan pihak rombongan.


Kehadiran rombongan yang diketuai oleh En. Asha'ari bin Omar, Penolong Pengarah, BTPN Johor disambut oleh GB dan guru-guru. Terdengar "hensem-hensem cikgu SK Pulau Aur ni. Macam model. Rugi tak bawa kakitangan perempuan yang bujang-bujang..." kata ketua rombongan sebaik sahaja bot merapati jeti. Guru-guru tersenyum simpul.

Bersama-sama BTP dalam lawatan ini ialah En. Mahyeddin bin Ab Malik, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Bandar Mersing.








Rombongan terus di bawa ke Bilik Makan bagi sesi 'bual mesra'.









Sebaik sahaja pihak rombongan memenuhi tempat duduk, pengerusi majlis, Cikgu Ahmad Nasafi memulakan bicara. Diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Amir. Seterusnya tayangan slide, ucapan GB, Cikgu Mohd. Sukhimi dan En. Asha'ari bin Omar.





Dalam masa yang sama kakitangan BTPN, iaitu juruteknik-juruteknik komputer sedang memasang (setup) 2 unit komputer baru yang di bawa oleh pihak BTPN. Ditanya tentang komputer-komputer yang rosak, mereka kata, itu akan diselesaikan oleh vendor yang bakal datang sekitar bulan Julai. Terdetik dalam hati, adakah datang untuk pasang 2 unit komputer sahaja ker ramai-ramai ni?

Berkaitan pula dengan perkara yang telah dimaklumkan kepada pihak mereka tentang ingin menyebar luaskan signal internet sehingga ke rumah guru? Jawapanya, peralatan tidak bawa. ( Standard jawapan yang diterima oleh sekolah-sekolah pulau.)



Unit-unit kecil di bawah BTPN seperti PSS & Media dan Aset turut menjalankan tugas masing-masing sebaik sahaja majlis selesai.

Bagi pemantauan PSS & Media, ia diketuai oleh Yg. Bhg. Datin Nor'ain binti Abdullah, Pegawai Teknologi Pendidikan, BTPN Johor. Dalam pemerhatian, beliau sangat mambantu dalam memperbaiki kelemahan-kelemahan dan perkara-perkara yang patut dilakukan kepada Guru PSS SKPA. Selain itu, beliau turut memberi cadangan-cadangan yang boleh dilakukan. Perbincangan berlarutan hingga ke lewat petang.



Unit aset pula membantu dalam menguruskan aset-aset. Dalam kes ni, mereka tumpu kepada harta modal seperti komputer dan seumpamanya. Mereka juga ada mensyorkan satu perisian yang telah mereka bina sendiri yang diberi nama Sistem DBAS.

Hasilnya : GAGAL BERFUNGSI.
Tindakan : Mereka minta selesaikan di darat kelak. ( Itu standard jawapan yang diterima oleh sekolah-sekolah pulau )





Pada sebelah malamnya guru-guru dijemput makan malam bersama-sama dengan pihak rombongan di Blue Water.






18 Jun 2013, sesi bergambar sebelum pulang.























Ucapan terima kasih kepada pihak rombongan dalam lawatan 'Kunjung Bantu & Pemantauan ICT' ke SKPA. Semoga kedatangan ini memberi manfaat kepada murid-murid sekolah. Amin.

5 comments:

  1. Terima kasih atas layanan..mohon maaf atas kelemahan kami.

    ReplyDelete
  2. kami dh cuba untuk memberi yang terbaik untuk menjayakan program ini. pihak kami menerima dengan positif segala kritikan. kami juga memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi kehendak pihak tuan. apa-apa pon terima kasih menerima kunjungan kami dengan layanan yang terbaik.

    ReplyDelete
  3. :) Ini cuma tulisan atau laporan kejadian. Bukan bersifat sesuatu yg negatif.

    Apapun, kami mengucapkan terima kasih atas lawatan tempoh hari. Jangan serik untuk datang lagi.

    ReplyDelete