Monday 19 January 2015

Majlis Ringkas Sempena Pertukaran Ustaz Amir

Beliau mula bertugas di sini pada tahun 2011 sebagai guru J-QAF. Pada masa itu, beliau masih dalam program latihan, IPGM Kampus Temenggong Ibrahim, Johor. Berasal dari Jengka, Pahang. Masih belum berumah tangga. Berperwatakan menarik, ringan tulang dan mesra.

Beliau dan Ustaz Zamri pada ketika itu begitu aktif menjalankan program berkaitan Agama Islam. Antara aktiviti yang memberi kesan hingga sekarang ialah mengaji Al-Quran pada waktu malam. Apabila Ustaz Zamri berpindah ke Kuantan, jadual mata pelajaran Pendidikan Islam diuruskan sepenuhnya oleh beliau. Dalam masa yang sama beliau adalah guru J-QAF. 2 tahun, bayangkan seorang guru agama dan J-QAF untuk Tahun 1 hingga 6. Masa jadual waktu hingga 49 waktu. RPH lagi.

Orang luar mungkin cakap, “alah……murid 10 orang jer….”. Hmmm…. Tapi takper. Pengalaman itu lebih bermakna.

Kini tiba masa beliau berpindah ke tempat baru. Telah ditakdirkan demikian. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Tiada lagi yang akan mengajar mengaji pada murid-murid di waktu malam. Hilangnya tiada ganti.

Peribadinya dan sebagai penulis blog sekolah ini, memohon maaf sekiranya sepanjang perkenalan dan bertugas di sini, ada yang terguris secara sengaja atau pun tidak sengaja. Jika terdapat gambar-gambar ostaz yang dirasakan tidak sesuai di dalam blog dan facebook, boleh memohon untuk dipadamkan.

Akhir kata, warga sekolah mengucapkan selamat maju jaya. Terima kasih pada Uder yang sponsor kek yang sedap ini. Open-mouthed smile

DSC01048

DSC01051

DSC01053

DSC01055

DSC01056

DSC01067

DSC01069

DSC01071

DSC01072 copy

No comments:

Post a Comment