Saturday 10 January 2015

Perjumpaan Santai Unit Kurikulum bagi Tahun 2015

Esok, 11 Januari 2015, akan bermulanya sesi persekolahan yang baru. Unit Kurikulum yang dipegang oleh Cikgu Izam mengadakan sedikit perjumpaan santai bagi refresh balik perkara-perkara berkaitan untuk hari pertama persekolahan esok. Di samping itu, dapat bersuaikenal dengan GB baru iaitu Cikgu Nordin bin Abd Rahman. Mungkin ada yang dah berjumpa dan ada yang belum.

Mesyuarat rasmi bagi Unit Pengurusan, Kurikulum, HEM dan Ko-Ku akan diadakan pada 12 Januari 2015.

Antara perkhabaran menarik ialah, sepatutnya ada seorang guru baru yang akan bertugas di SK Pulau Aur. Dari SK Mersing Kanan. Tapi pada hari kami di hantar pulang, macam tak ada pun. Mungkin segan kot. Its ok…!!!

Cerita lain seperti, Cikgu Fizri SK Pemanggil bertukar ke Batu Pahat. Nama sekolah beliau tak ingat. Tahniah…!!! Tidak lupa pada Cikgu Hafiz aka Mat Pit juga dapat bertukar ke negeri kelahiran beliau iaiatu Kedah. Cikgu Syafik SK Pulau Tinggi diarahkan bertugas di SK Tanah Abang. Hmmmm…….tak mohon tapi dapat tukar. Rezeki…!!! SK Pulau Sibu kekal seperti biasa. Juga tahniah.

Bila ada guru keluar, ada yang dapat masuk. SK Pulau Tinggi menerima seorang ustaz. SK Pulau Aur pun dapat seperti yang dikatakan di atas. Opsyen BI.

Dengar cerita, 20 Januari akan dapat lagi guru baru. Guru-guru yang baru keluar maktab. Kita tunggu siapa yang bakal ke sini. Hihihihihi……..

DSC01024

DSC01026

DSC01027

DSC01028

No comments:

Post a Comment