Sunday 2 October 2016

Hari Ke Tiga Laskar Pelangi di Pulau Aur oleh Our Touch Community

Tidak terlambat sekiranya saya ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1438. Semoga tahun ini lebih mendapat Rahmat dari Allah di samping kita lebih banyak bersyukur atas Rahmat yang telah sedia diberikan oleh Maha Kuasa. Amin....

Hari ni Ahad. Cuti berganti bagi negeri Johor di mana 1 Muharram telah jatuh pada hari Jumaat. Hari ini juga merupakan hari terakhir bagi sukarelawan menjalankan aktiviti yang dirancangkan oleh mereka. Alhamdulillah....dalam kepayahan sumber air, tidak sedikit pun tekad dan semangat mereka luntur untuk berbakti kepada masyarakat Pulau Aur.

Dalam banyak-banyak team sukarelawan, team yang diketuai Cik Diana paling sibuk. Sibuk membuat pemeriksaan mata penduduk. Sepanjang 3 hari berturut-turut, ada sahaja penduduk kampung yang datang memeriksa mata. Cermin mata pula diberi percuma.

Team lain tak sibuk ker? Alolololo.....semua sibuk dan memainkan peranan. Saja gurau.....



Dalam masa yang sama, sukarelawan bersama-sama murid sedang membuat mural. Satu mural bermotifkan pokok dan satu lagi mural Our Touch sendiri. Yang mural Our Touch tu memang dah tahu melambangkan sukarelawan. Tapi yang pokok ni saya cuba mendalami motif disebalik imej pokok dengan dedaunan yang berguguran tersebut.

Masih berfikir...............................................

Mula...






Selepas Zohor, sekitar jam 1 petang, team sukarelawan, guru-guru, murid-murid dan masyarakat mula memenuhi susur gajah sekolah. Sebentar lagi akan diadakan majlis penutup.

Pihak sukarelawan yang diwakili Ustaz Amin telah menjemput setiap lapisan masyarakat. Daripada berjawatan dalam kampung hingga ke masyarakat biasa-biasa. So tiada isu pihak sekolah tidak bermasyarakat yang sering dicanang oleh segelintir individu. Hmmmmm...... Please take noted.

Cikgu Mohd Syafiq diberi kepercayaan untuk mengacara majlis. Beliau diberi kepercayaan ini atas kapasiti beliau yang pernah mengacara majlis di peringkat IPG. Dengan pengalaman beliau, ternyata majlis penutup program ini sangat-sangat terkesan di hati para hadirin yang datang. TAHNIAH...!!!






Majlis dimulai dengan menjemput Ustaz Hamzah untuk membacakan doa. Semoga setiap apa yang dilakukan dalam program ini mendapat berkat dan setiap ganjaran hanya dari yang Maha Pemurah. Amin...

Tidak manis sekiranya pentadbir tertinggi sekolah iaitu Guru Besar tidak dijemput untuk memberi sepatah dua kata. Dengan itu pengacara dengan rasa hormatnya menjemput En. Nordin bin Abd Rahman, Guru Besar SK Pulau Aur bagi menyampaikan kata-kata.



Guru Besar dan Imam 2





Pak Su Bedul dan Cikgu Wan

Abah Harun dan Pak Su Manap





Seterusnya Ustaz Amin, Guru Besar SK Agama Pulau Aur diberi peluang menyampaikan sepatah dua kata yang telah beliau karang berhelai-helai semalam.

Untuk rekod, ustaz Amin merupakan individu terpenting dalam kejayaan program ini. Beliau boleh dikatakan sebagai jambatan yang menghubungkan antara sukarelawan dengan pihak sekolah dan antara sukarelawan dengan masyarakat Pulau Aur.

Dengan pihak sekolah, beliau memang sudah sedia terjalin kerana beliau merupakan guru agama manakala dengan masyarakat pula, beliau sangat dekat dihati pemuda-pemuda kampung dan masyarakat.

Dalam ucapan beliau, ada nada-nada sebak takkala menceritakan kehidupan masyarakat di pulau ini yang mungkin orang luar tak nampak. Ada penduduk sini yang susah. Ada sesetengah rumah penduduk sini yang bumbungnya bocor. Basah seluruh rumah takkala hujan menimpa. Nak harapkan bantuan, kadang-kadang dapat, tak dapat lagilah selalu. Ikut rezeki. Banyak yang beliau nak berkongsi. Mungkin 100 episod tak habis. Mujur perasaan sebak menghalang beliau untuk meneruskan.



Memetik kata-kata pengacara majlis pada ketika itu...

"Ada pepatah urdu berbunyi begini, ku sangka api rupanya kelip-kelip. Kalau api, mana baranya..."

Selesai pepatah tersebut, pengacara dengan bangganya menjemput bara yang di maksud tadi iaitu Siti Hawa selaku pengarah program Laskar Pelangi di Pulau Aur untuk memberi ucapan.

Antara intipati ucapannya adalah beliau selaku anak Johor, this is first time beliau tiba di pulau ini. Dari segi kesusahan sepanjang program ini, beliau menegaskan bahawa itu adalah antara objektif program. Mereka yang sepatutnya datang membantu menyenangkan penduduk setempat. Itu matlamatnya. Jika kedatangan mereka untuk bersenang-senangan, bukan membantu namanya. Hahahahahaha...

Ketika ditanya adakah ini pengalaman kesusahan yang paling susah pernah ditempuhi? Jawab Kak Hawa (panggilan mesra), ada lagi tempat yang lebih susah dari sini. Kat luar Malaysia. Bukan kata susah malah teruk. So, jika kita rasa susah, fikirlah bahawa ada lagi insan-insan yang lebih susah dari kita. Percayalah, ianya wujud.

Beliau juga menegaskan sepatutnya program ini telah berjalan tahun lepas tapi disebabkan beberapa hal yang tidak dapat dielakkan, maka terpaksa ditunda....tunda...tunda....dan akhirnya dengan penuh azam dan tekad, beliau mahu tahun ini MESTI JADI walauapapun.



Setelah selesai ucapan panjang lebar dari Bara, kami dan hadirin disajikan dengan sedikit tayangan video dari pihak sukarelawan. Gigih menyiapkan video. Kurang 2 jam kot mereka buat. Tahniah...

Acara diteruskan lagi dengan cabutan bertuah dan penyampaian hadiah. Untuk itu, pengacara bertukar mikrofon.

Pengacara dari Our Touch ini tidak kurang unsur kecindannya. Penuh dengan unsur-unsur drama dan suspen.










Majlis tamat sekitar jam 2.30 petang. Masa untuk makan tengah hari, rehat dan pengurusan diri.








Jika anda fikir bahawa aktiviti sudah tamat selepas majlis penutup, itu salah sama sekali. Ternyata sukarelawan ini tidak mahu duduk diam. Mereka semahunya memanfaatkan masa-masa yang ada untuk menjelajah sekitar pulau yang indah ini.

Selepas Asar, sekitar jam 5 petang, aktiviti mendaki dijalankan. Kali ini mereka mahu mendaki Batu Cina. Andrelin mereka sedang memuncak. Hmmmm.....

Sebenarnya banyak yang ingin diceritakan dari segi aktiviti-aktiviti yang kebanyakkannya berorientasikan murid-murid, namun disebabkan ruang dan masa yang sedikit ini, tidaklah mampu saya menceritakan semuanya. Bukan itu sahaja, ketiadaan gambar juga menyebabkan saya tidak menceritakannya.

Tetapi secara jujurnya, semua aktiviti yang telah sukarelawan jalankan telah membuka sedikit minda murid-murid. Perubahan atittut, kesungguhan , keyakinan, sedikit sebanyak telah memberi kesan positif. Terima kasih kepada para sukarelawan.

Batu Cina. Apakah keistimewaannya? Berbaloi ker? Tengok jer sendiri gambar-gambar mereka.

Owh...lupa nak bagitau yang tak semua sukarelawan ini mendaki. Ada yang memilih untuk lebih santai iaitu pusing pulau dengan menaiki lopek. Lain orang, lain citarasa. Tepuk dada, jangan kuat-kuat. Nanti sendiri sakit.









En Polis siap sedia menjaga keselamatan sukarelawan












Pada hari pertama sesi perkenalan, beliau memperkenalkan dirinya sebab Oshin. Katanya, panggil saya Nenek Oshin. Saya hanya tersenyum. Dalam fikiran, kakak ni mesti asyik tengok Running Man. Sebab nak Oshin.

Seorang yang ceria dan aktif. Level keyakinan? Superb. Dan beliau antara insan paling aktif dalam aktiviti outdoor. Setakat dalam Malaysia, semua dah tapau. Sekarang level-level benua. Kalau dalam benda globe bulat bentuk Bumi tu, dah habis dia tanda. Hmmmm...... Saya harap, saya akan jadi seperti beliau. Insya Allah....

Statue of Oshin......ko mampu?


Antara cabaran Batu Cina ni adalah gayat. Sudah banyak orang tewas untuk habiskan pendakian Batu Cina ini. Pada petang pendakian ini juga ada yang tidak mampu meneruskan pendakian.

Bagi mereka yang hatinya sekental konkrit, tiada masalah. Ditambah dengan adanya Abang Awie sebagai pemandu pelancong, semua peserta tidak mudah putus asa. Tak rasa selamat? Abang polis yang gagah ada untuk menyelamatkan. Tapi jangan pura-pura sesak nafas, bantuan CPR ok. Tak sesuai. Hahahahaha.....






Bergaya Nenek Oshin


Ternganga Abang Polis tengok sukarelawan merangkak

Apa yang kelakar tu? Boleh shared?

Lopek yang membawa sukarelawan pusing pulau






Abang gym

























Laaaaaaaa....orang Johor rupanya Nenek Oshin

Konon- konon ala kulit novel. Tapi macam tak jadi. Sorry my bad angle











Pendakian tamat sekitar jam 7.00 petang.

Sukarelawan bersiap-siap menyediakan bahan-bahan untuk barbeku malam ini.

TAMAT? Belum.....esok ada lagi.......

6 comments:

  1. Kecindannya tu apa? Kami p check mata laaaa bukan p pusing pulauuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecindan - lawak jenaka, pandai bergurau. Cth; Mulut manis kecindan murah. Sumber; PRPM.

      Delete
    2. Kecindan - lawak jenaka, pandai bergurau. Cth; Mulut manis kecindan murah. Sumber; PRPM.

      Delete
    3. Saudara Azizi Sunip is correct.......hihihi

      Delete
  2. Kenapa tak ada gambar pemenang grand prize cabutan bertuah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah....sampai hati xder orang ambil pic....hmmmm....snap curi2 pun xder....alahai.......

      Delete