Tuesday 2 August 2016

Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah

Alhamdulillah... Pihak sekolah berjaya menjalankan program sambutan Hari Raya peringkat sekolah. Walaupun dalam komuniti yang kecil, ianya tetap meriah.

Program ini berjalan bersama-sama dengan pihak Sekolah Agama Pulau Aur. Turut hadir adalah Guru Besar SK Agama Pulau Aur, En. Hairull Amin bin Sudarmo.

Majlis dimulakan dengan perhimpunan ringkas dan sedikit tazkirah dari GPK 1. Kemudian diteruskan dengan PdP seperti biasa. Pada waktu rehat, semua berkumpul di bilik darjah Tahun 1 Cerdas bagi acara jamuan Hari Raya.


















Majlis ringkas ini dipengerusikan oleh Cikgu Siti Hafizah. Selesai ucapan aluan, Ustaz Abdul Khair dijemput untuk mengetuai bacaan doa. 

GPK 1 dijemput untuk memberi sepatah dua kata bagi mewakili Guru Besar yang tidak dapat hadir sebaik selesai bacaan doa.

Tidak manis rasanya majlis jika tidak mendengar ucapan dari Guru Besar SK Agama Pulau Aur.

Untuk murid-murid, tidak ceria rasanya jika tidak ada duit raya.








Penyampaian duit Raya dari SK Pulau Aur oleh GPK HEM

Acah-acah Yang Berhormat


Penyampaian duit Raya dari SK Agama Pulau Aur





Sebelum menikmati juadah Hari Raya, majlis diserikan dengan selawat kepada Rasulullah Selawat ini dilaungkan oleh kumpulan marhaban SKPA yang terdiri daripada murid-murid. Alhamdulillah...

Acara wajib ialah gambar berkumpulan sebagai kenangan.







Majlis bersurai...

1 comment:

  1. Walaupun tak semeriah tahun lepas, usaha Guru-guru yang memasak juadah sendiri, menyediakan air sirap biji selasih boleh dibanggakan. Murid pun ceria dan semakin kaya dengan penambahan duit raya yang diberikan. Tahniah.

    ReplyDelete